Imam Al Bukhari - Babul Mikraj
[Sambungan]
Naiklah Jibril dengan ku kelangit yang ke empat.Siapakah ini?. Jibril.Siapa beserta engkau?. Muhammad. Apakah ia dipanggil?. Ya. Selamat datang berbahagialah orang yang datang , ucap penjaga lalu membuka langit tersebut.
Semasa melalui langit ini kelihatan Idris [a.s] . Aku memberi salam dan dijawabnya lalu berkata : Selamat datang saudara yang soleh dan nabi yang solih.
Kemudian Jibril bersama ku kelangit kelima. Siapakah ini?. Jibril. Siapa yang bersama mu ?. Muhammad. Apakah ia sudah dipanggil ?. Ya. Selamat datang sebaik baik yang datang , lalu membuka langit. Sewaktu melaluinya aku melihat Harun [a.s]. Aku memberinya salam lalu dijawabnya dan berkata: Selamat datang saudara yang solih dan nabi yang solih.
Naiklah Jibril bersama ku kelangit yang keenam lalu minta dibuka. Siapakah ini?. Jibril. Siapa bersama sama mu ?. Muhammad jawab Jibril. Apakah dipanggil mengadap?. Ya. Selamat datang sebaik baik yang datang. Setelah melaluinya aku melihat Musa [a.s] . Aku memberi salam lalu dijawabnya sambil berkata: Selamat datang saudara yang solih juga nabi yang solih. Tatkala aku hendak meneruskan perjalanan Musa menangis , lalu aku bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Katanya : Aku menangis kerana seorang muda yang diutus sesudah ku dan umatnya lebih ramai masuk syurga daripada umat ku.
Jibril membawa ku kelangit yang ketujuh. Siapakah engkau ?. Jibril. Siapa bersama mu ?.
Muhammad. Adakah dia dipanggil untuk mengadap?. Ya. Penjaga langit lalu berkata: Selamat datang baginya , sebaik baik orang yang datang. Ketika melalui langit ini aku melihat Ibrahim [a.s]. Jibril berkata : Ini bapa mu. Aku memberi salam dan dijawabnya lalu berkata : Selamat datang anak yang solih dan nabi yang solih.
Kemudian diperlihatkan kepada ku Sidratul Muntaha. Terdapat disitu empat sungai. Dua
sungai terbit didalam sementara dua sungai lagi terbit diluar. Aku bertanya hal itu kepada Jibril. Jawabnya , dua sungai yang disyurga dan dua sungai dibumi , sungai Nil dan Furat.
[ bersambung - Insyaallah - penceritaan tidak dengan matan yang sepenuhnya - ]