Tuesday, August 31, 2010

AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH


Ulama dan pengarang terdahulu meletakkan ' awwaluddin makrifatullah' di bahagian permulaan atau muqaddimah dalam kitab kitab mereka samada pada membicarakan hal hal hukum , tasauf , tauhid maupun dalam perkara yang lainnya.
Awwaluddin bermaksud perkara pokok , ibu , kunci , permulaan dan perkara paling utama.Sementara makrifatullah bermaksud mengenali dengan sempurna akan Allah.

Pernyataan tersebut adalah merujuk kepada kalimah LAILAHAILLALLAH kerana kalimah itu adalah ibu atau kunci kepada kesemua perkara. Ibu atau kunci syurga dan sebagainya.

Makrifah atau kenal tidak bermaksud tahu kerana jika kita tahu bukanlah bermakna kita kenal.Orang berilmu tidak semestinya dia mengenali Allah namun biasanya mereka yang berilmu lebih cenderong kepada mengenaliNya.

Friday, August 27, 2010

MENUNGGU MASA BERLALU

DEMI MASA

Sementara menjadi dewasa
Sementara menjadi kaya
Sementara nak jadi menteri
Sementara dapat jodoh
Sementara nak jadi pengarah
Sementara dapat jadi ustaz
Sementara nak naik haji
Sementara dapat menjadi kita

SESUNGGUHNYA MANUSIA DIDALAM KERUGIAN

MELAINKAN MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

Sambil sambil dok belajar
Sambil sambil buat amal mana yang dah tahu
Sambil dok cari duit yang halal
Sambil sambil dok insaf
Sambil susun langkah walau bertingkah

BERPESAN MEREKA TENTANG KEBENARAN
BERPESAN PESAN MEREKA DENGAN PENUH KESABARAN

[ Surah Al Asr ]

Tuesday, August 24, 2010

TASAUF ATAU SYARIAT

Ini China Dragon betina sebab tidak ada tanduk pada kepalanya. Kelihatan seperti tertulis kalimah LAILAHAILLALLAH pada badannya di kiri dan kanan jika dilihat secara terbalik dari atas.


Seorang guru pernah ditanya olih seorang muridnya yang baru datang hendak belajar dengannya."Ustaz yang mana dulu saya patut belajar tasauf atau syariat?". Sambil tersenyum dia berkata"adakah kamu tahu apakah tasauf dan apakah syariat?". Murid menjawab yang sebenarnya dia tidak tahu cuma dia ada mendengar orang selalu berkata begitu. Guru tersebut lalu berkata" kalau begitu eloklah kamu belajar tentangnya'. Beberapa lama berselang murid tersebut telah menjadi seorang guru dan telah diberi tanggungjawab pula untuk mengajar. Datang kepadanya seorang yang ingin belajar lalu duduk dihadapannya dan berkata" saya sangat ingin belajar mendalami ugama tetapi tidak tahu mana yang patut saya belajar samada syariat atau tasauf". Lalu beliau pun berkata" saya pernah bertanya perkara yang sama sepuluh tahun dulu kepada guru saya". Dia memegang bahu muridnya sambil menyambung" anakku .. apa yang membuatkan kita bertanya tentang perkara yang kita tidak tahu.. tidakkah lebih utama jika kita belajar dengan lebih mendalam hal ugama kita supaya tidaklah nanti kita terjerumus kepada jalan yang tidak benar dan salah.. belajarlah.. ilmu tentu boleh membawa kamu kepada jalan kebenaran".

2 NAGA dalam satu sarang

DRAGON FISH atau ikan kelisa sudah biasa bagi peminat ikan hiasan. Dalam gambar ni jenis ekor kuning.
CHINA DRAGON atau ikan naga juga biasa bagi kebanyakan mereka yang suka ikan. Dalam gambar ini ikan yang saya beli beberapa tahun lepas. Cuma dalam awal tahun lepas barulah saya perasan seperti ada tertulis kalimah ALLAH pada kiri dan kanan badannya. Alhamdulillah nikmat Allah yang dapatlah saya melihatnya setiap hari.Kedua dua naga ini makan makanan yang serupa seperti anak ikan kecil , cengkerik , daging ayam dan pellet jenis tenggelam.
Ada orang bertanya kenapa kita yang berkedudukan naga tidak dapat tinggal bersama ataupun sekurang kurangnya mempunyai satu pendekatan bersama!.Sukar bagi saya yang tidak berkedudukan naga untuk beri komen jadi saya jawab "cubalah kamu jadi naga nanti mungkin kamu dapat jawapannya".

KELISA EKOR KUNING

Kelisa ini saya beli pada 08.08.2008. Saya namakan dia 888. Agak cepat juga dia membesar berbanding dengan ikan discus atau red parrot. Ekornya belum lagi berwarna kuning sepenuhnya mungkin kerana pemakanan yang tidak begitu sesuai atau belum mencapai usia sepatutnya. Kelisa agak senang dipelihara jika kita dapat mengawal mutu air dengan baik. Bagi peminat kelisa yang kurang mampu bolehlah cuba pelihara jenis ini tapi jika banyak duit belilah red arowana atau bluebase dragon.

Tips: Cacing beku makanan terbaik bagi kelisa yang masih kecil kerana ia memudahkan penjagaan dan mengurangkan risiko penyakit.
        Membuang semua air dan ganti air baru adalah satu kesilapan yang besar. Ikan mungkin mati atau hampir mati. Cuma ganti air sedikit demi sedikit sambil dapat melihat perkembangan kesihatan ikan.
        Memelihara ikan guppy atau lain lain ikan kecil amatlah berguna kerana nanti boleh diberi kepada kelisa sebagai sumber protin segar.


Monday, August 23, 2010

WALI ALLAH DAN KUCING


Rasullullah saw sangat suka kepada kucing  Sangat baik jika kita turut menyukainya sebagai binatang kesayangan.

Saya ada membaca kesah seorang wali Allah sedang tidur waktu malam hampir pagi. Beliau sedar dari tidurnya setelah terasa selimutnya telah digesel seekor kucing. Wali merasa sesuatu lalu dilihatnya kepada kucing itu dan bertanya " kenapa kamu tolong bangunkan aku dari tidur". Kucing itu sedar bahawa wali telah tahu bahawa dia adalah syaitan yang menyerupai kucing. Lalu dia memberitahu bahawa dia sebenarnya bukanlah hendak menolong si wali tetapi sudah menjadi kebiasaan bagi si wali jika terlambat bangun maka dia akan sembahyang lebih banyak sebagai denda atasnya. Syaitan tidak suka akan kebiasaan itu sebab itu sengaja dia kejutkan si wali.Ternyata syaitan akan mengambil kesempatan keatas kita walau apa jua yang kita lakukan samada pekerjaan itu baik ataupun buruk. Sepatutnyalah syaitan disebut sebagai musuh yang nyata kepada manusia supaya kita lebih berhati hati agar tidak terperangkap dengan pelbagai helah baiknya maupun usul cadangan jahatnya.

Friday, August 20, 2010

UDANG KARA BIRU menetas

Ckara ini ibu udang kara biru telah menetaskan banyak anak. Dia memang sayang sangat anak anaknya. Ekornya dibengkokkan kebawah perut bagi melindungi anaknya dari diganggu udang atau ikan yang lain. Nampak payah juga dia membawa anaknya yang bergantungan dibawah perut sampai agak besar sikit barulah anaknya dibiarkan bebas. Sifat penyayang seperti manusia juga rupanya. Harap Ckara terus menyayangi anaknya dan janganlah hendaknya dia membuangnya merata rata macam ibu udang yang lain.. . Amin!.