Friday, June 24, 2011

IKAN HIASAN - minat berterusan

Entah kenapa sejak kanak kanak lagi minat dengan ikan ikan kecil. Masa dikampung dulu memang suka sauk ikan laga dalam sawah bendang dan juga parit hutan nipah. 


Ikan oscar adalah ikan pertama yang dibeli waktu remaja dulu. Sifatnya yang garang menyebabkan tidak boleh bercampur dengan ikan lain.Selalu saja kena pindah sana sini kerana lebih suka tengok banyak jenis ikan daripada hanya seekor ikan saja.Oscar makan apa saja cuma ganas sikit .






Ada sebuah kedai makan yang sering dikunjungi sebab terdapat sepasang ikan cantik ni.Ikan ini perlukan air laut rasanya untuk hidup.







Inilah dia flower horn. Pernah menjadi kegilaan semua orang walaupun asalnya tidak minat ikan hiasan.Tiba tiba saja ikan jenis ni diabaikan semua peminatnya kerana ada pihak yang keluarkan klon baru yang tidak boleh ditiru biakkan.






Discuss - memang sukar dipelihara. Kedai ikan hiasan pun tidak semua berani simpan jenis ini. Akan berubah menjadi hitam dan tidak mahu membesar jika kualiti air tidak baik. Boleh mati jika terkejut dan akan mati sendiri tanpa sebab walau air bersih. Cantik dan tenang.







Ikan Koi mudah dipelihara. Hanya perlukan sebuah kolam. Koi tidak sesuai dipelihara dalam bekas akuarium kaca kecuali untuk sekejap saja. Ada jenis seakan akan koi dipelihara dalam bekas kaca tetapi jenis itu tidak besar seperti koi. Makanan untuk koi juga mudah seperti pellet , roti , sayuran kisar dan udang kecil.


BETTA - Kembali diminati. Harga dah mahal dah ....


Thursday, June 23, 2011

BETTA

Betta - ikan laga dan ikan laga hiasan.


Waktu zaman kanak kanak dulu ikan betta ni mudah diperolihi dalam kawasan berpaya dan lembah. Sawah padi yang airnya cetek masih lagi terdapat ikan jenis ini hingga sekarang. Ikan ini juga masih terdapat dikawasan paya nipah dikebanyakkan tempat dinegara kita.









Hari ini ikan betta jenis biasa tidak lagi digemari ramai. Jenis yang popular masa kini adalah Betta HMPK. 

Betta Half Moon Plakat
Berbagai lagi variasi Betta berada dalam pasaran.
Tips 
Makanan kesukaan betta adalah serangga hidup yang kecil. Anai anai pokok adalah yang paling baik.Makanan lain seperti telur udang , cengkerik dan pellet.




Wednesday, June 8, 2011

Pandangan - mata selain mata pertama.


 Sungguh kita hanya biasa dengan pandangan mata normal yang kita ada. Sementara itu ada orang lain mempunyai lebih daripada satu sudut pandangan mata sahaja. Mereka mungkin mempunyai pandangan mata ketiga , mata tiga dimensi dan sebagainya yang mana mempunyai sudut pandangan dan nilai yang berbeza.

Contoh pandangan mata kaedah 3D ini dimana kita dapat melihat seekor gajah yang sangat cantik berkaca kaca seperti suatu alam yang berbeza. Walaupun ini suatu kaedah seni namun ia membuka pemikiran kita bahawa mata kita mempunyai berbagai sudut dan teknik pandangan selain pandangan normal.

Ini pula pandangan 3D dengan teknik cross eye.Kaedah yang berbeza dari kaedah diatas. Suatu lagi perkara membuka pemikiran kita tentang mata kita yang mempunyai banyak kelebihan. Selama ini kita tidak begitu menghargai mata dan kadang kadang menggunakannya untuk perkara yang tidak membawa faedah.

[ Sedikit bantuan bagaimana anda boleh melihat gambar yang cantik yang tertera disebalik gambar yang disertakan disini.Jika masih gagal melihat gambar tersebut anda bolehlah belajar teknik lanjut mengenainya dengan melayari laman stereogram ]

Sering juga kita mendengar ada orang berkata ada mata hati , mata batin , mata makrifah dan sebagainya. Namun apa yang sebaiknya kita tidak membatasi ilmu sekadar apa yang ada sahaja.