Monday, January 31, 2011

ISRA' WA MIKRAJ - III

Imam Al Bukhari - Babul Mikraj
     [ sambungan ]





                                                  [ batu bersujud - untuk renungan saja ]

     Kemudian diperlihat kepada ku Baitul Makmur [masjid malaikat dilangit yang setentang dengan Kaabah - Masjidilharam dibumi ]. Didatangkan kepada ku bejana arak , bejana susu dan bejana madu lalu aku mengambil bejana berisi susu. Jibril berkata: Engkau dan umat mu diatas kesucian.
     Atas ku diwajibkan solat 50 kali sehari. Lalu aku turun dan melalui Musa [a.s]. Apakah yang diperintahkan kepada mu?, tanya Musa. Aku disuruh solat 50 waktu sehari. Sesungguhnya umat mu tidak akan mampu , demi Allah aku telah pun mencuba manusia sebelum mu dan aku merawat mereka dengan sebaiknya , kembalilah memohon keringanan bagi umat mu , nasihat Musa kepada ku.




                                              [ kincir Nabi Yusuf a.s - untuk renungan saja ]

     Lalu aku kembali dan Ia memberi keringanan sepuluh. Aku turun melalui Musa dan dia masih berkata seperti tadi. Aku kembali mengadap dan dikurangkan sepuluh lagi. Aku turun dan Musa masih berkata seperti tadi. Aku kembali mengadap dan dikurangkan lagi bagi ku.
     Semasa aku turun Musa masih berkata seperti yang lepas , lalu aku kembali mengadap dan diperintahkan kepada ku sepuluh waktu solat sehari. Kembali aku turun dan Musa masih tetap menyuruh aku mohon keringanan dan aku kembali mengadap lalu ditetapkan bagi ku lima waktu solat sehari semalam.
     Musa a.s masih juga berkata: Umat mu tidak akan mampu , aku telah mencuba Bani Israil bahkan aku merawat mereka dengan perawatan yang betul betul , kembalilah mohon keringanan.Lalu kata ku:  Sesungguhnya aku telah betul betul memohon hingga aku merasa malu , maka aku menerima dan menyerah. Semasa aku turun untuk pulang seseorang berseru kepada ku : Aku telah meluluskan fardhu Ku dan telah meringankan kepada hamba hamba Ku.

                  [ sebarang kesilapan harap dimaafkan - gambar gambar adalah hiasan renungan sahaja ]


Sunday, January 30, 2011

Arowana / Kelisa - Ekor Kuning [yellow tail arowana]






                                    [ YELLOW TAIL AROWANA - KELISA EKOR KUNING ]

TIPS: Lipan bara mempercepatkan naik warna.
         Daging ayam boleh cepat besar tetapi bentuk ikan jadi kurang cantik.
         Penggunaan lampu warna yang lama boleh merosakkan mata / pandangan ikan.
         Air yang terlalu lama tidak ditambah membantutkan keselesaan ikan. Air tidak boleh ditukar melebihi 1/3  bekas / akuarium.
        Selain cengkerik kelisa suka anak ikan , belalang dan lipas. Lipas menceriakan kelisa.
        Kebanyakkan jenis ikan kelisa suka 'melompat' jadi ruang untuk kelisa bermain perlulah ada.
        Bahagian atas dalam akuarium perlu ruang yang luas dan boleh juga letak jaring plastik namun tidaklah digalakkan disamping menyukarkan kerja selenggaraan nanti.

ISRA' WA MIKRAJ - II

Imam Al Bukhari - Babul Mikraj
                              [Sambungan]
                                                  Naiklah Jibril dengan ku kelangit yang ke empat.Siapakah ini?. Jibril.Siapa beserta engkau?. Muhammad. Apakah ia dipanggil?. Ya. Selamat datang berbahagialah orang yang datang , ucap penjaga lalu membuka langit tersebut.
    Semasa melalui langit ini kelihatan Idris [a.s] . Aku memberi salam dan dijawabnya lalu berkata : Selamat datang saudara yang soleh dan nabi yang solih.
  
  Kemudian Jibril bersama ku kelangit kelima. Siapakah ini?. Jibril. Siapa yang bersama mu ?. Muhammad. Apakah ia sudah dipanggil ?. Ya. Selamat datang sebaik baik yang datang , lalu membuka langit. Sewaktu melaluinya aku melihat Harun [a.s]. Aku memberinya salam lalu dijawabnya dan berkata: Selamat datang saudara yang solih dan nabi yang solih.
   
Naiklah Jibril bersama ku kelangit yang keenam lalu minta dibuka. Siapakah ini?. Jibril. Siapa bersama sama mu ?. Muhammad jawab Jibril. Apakah dipanggil mengadap?. Ya. Selamat datang sebaik baik yang datang. Setelah melaluinya aku melihat Musa [a.s] . Aku memberi salam lalu dijawabnya sambil berkata: Selamat datang saudara yang solih juga nabi yang solih. Tatkala aku hendak meneruskan perjalanan Musa menangis , lalu aku bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Katanya : Aku menangis kerana seorang muda yang diutus sesudah ku dan umatnya lebih ramai masuk syurga daripada umat ku.
  
  
Jibril membawa ku kelangit yang ketujuh. Siapakah engkau ?. Jibril. Siapa bersama mu ?. 
Muhammad. Adakah dia dipanggil untuk mengadap?. Ya. Penjaga langit lalu berkata: Selamat datang baginya , sebaik baik orang yang datang. Ketika melalui langit ini aku melihat Ibrahim [a.s]. Jibril berkata : Ini bapa mu. Aku memberi salam dan dijawabnya lalu berkata : Selamat datang anak yang solih dan nabi yang solih. 

Kemudian diperlihatkan kepada ku Sidratul Muntaha. Terdapat disitu empat sungai. Dua
sungai terbit didalam sementara dua sungai lagi terbit diluar. Aku bertanya hal itu kepada Jibril. Jawabnya , dua sungai yang disyurga dan dua sungai dibumi , sungai Nil dan Furat. 

[ bersambung - Insyaallah - penceritaan tidak dengan matan yang sepenuhnya - ]



Tuesday, January 25, 2011

ISRA' WA MIKRAJ

Imam Al Bukhari - Babul Mikraj

     Telah diceritakan kepada kami oleh Hadibah Ibnu Khalid [katanya] : Telah diceritakan olih Hammam bin Yahya olih Qatadah dari Anas bin Malik  dari Malik bin Sha'sha'ah bahawa Nabi s.a.w bersabda:
     Maksudnya:
                       Ketika aku sedang berada di Hathim [ada pula beliau berkata di Hijr] sedang berbaring aku didatangi seseorang lalu memotong [membelah]. Kata Qatadah dari Anas membelah dari bawah lehernya hingga hampir ke ari arinya.
                       Sabda Nabi lagi: Lalu orang itu mengeluarkan hati ku lalu dicuci. Kemudian dibawa bejana emas berisi iman lantas diisi dan dikembalikan hati ku. Kemudian datang seekor haiwan lebih kecil dari baghal tetapi lebih besar dari keldai berwarna putih lalu aku dinaikkan keatasnya.
                        Jibril membawa aku sampai kelangit dunia dan minta dibukakan olih penjaganya. Penjaga bertanya siapakah ini?. Jibril menjawab : Jibril. Siapa bersama mu?. Muhammad. Adakah Ia dipanggil mengadap?. Ya. Lalu berkata penjaga lagi : Selamat datang baginya sebaik baik orang yang datang telah pun datang , lalu membuka langit itu. Semasa melalui langit ini aku bertemu Nabi Adam. Jibril berkata : Ini bapa mu Adam berilah salam kepadanya. Lalu aku mengucapkan salam dan dia membalas salam ku lalu berkata: Selamat datang anak yang soleh dan nabi yang soleh.
                        Kemudiannya Jibril bersama aku naik kelangit kedua , lalu Jibril minta dibukakan. Siapakah ini?. Jibril. Siapa yang bersama mu?.Muhammad. Adakah ia dipanggil untuk mengadap?. Ya. Lalu penjaga berkata : Selamat datang sebaik baik orang yang datang. Ketika melalui langit ini aku melihat Yahya dan Isa. Aku memberi salam kepada keduanya lalu dibalas sambil berkata : Selamat datang saudara yang soleh dan nabi yang soleh.
                        Jibril membawa ku kelangit yang ketiga dan ia minta langit itu dibuka. Siapakah ini?. Jibril. Siapa yang beserta engkau?. Muhammad. Adakah ia dipanggil untuk mengadap?. Ya , benar. Selamat datang sebaik baik orang yang datang , sambut penjaga langit lalu dibuka langit itu. Sewaktu melalui langit itu terdapat Yusuf [a.s] lalu kata Jibril: Ini Yusuf sampaikanlah salam kepadanya , lalu aku memberi salam dan dijawabnya sambil berkata : Selamat datang saudara yang soleh dan nabi yang soleh.

[bersambung - ini bukannya matan/mahfum sepenuhnya - harap maklum]

 [ gambar batu terapung semasa peristiwa Isra' dan Mi'raj - dikatakan ini batu yang sebenarnya Insyaallah ]