Friday, November 26, 2010

Tasauf.... KEBAL....

          Pernah seseorang bertanya tentang ilmu tasauf dengan seorang guru tasauf iaitu kemana arah tuju dan apa yang boleh dapat dengan ilmu tersebut .Lalu guru tersebut bertanya pula apakah tujuan beliau itu bertanya adakah beliau berhasrat untuk belajar.
          Setelah berbual lama akhirnya orang tersebut meluahkan hasratnya ingin belajar ilmu tasauf dengan harapan agar beliau mendapat kelebihan kelebihan tertentu seperti menjadi kebal , dapat berjalan atas air , dapat menjadi wali yang tahu perkara perkara ghaib dan mistik seperti yang selalu beliau dengar umumnya orang lain berkata tentang ilmu tasauf.


          Guru tersebut tersenyum namun sangat berduka hati kerana menyedari bahawa sudah terlalu ramai orang yang tersalah sangka tentang arah tuju sebenar ilmu tasauf sehingga menyangka yang bukan bukan. Orang orang begini membuat andaian dan akhirnya andaian itu menjadi seolah olah benar sehingga orang lain pula menjadi keliru.
          Akhirnya guru itu menasihatkan orang tersebut supaya cuba terlebih dahulu mempelajari asas asas berbagai ilmu Islam dan berusaha menambahbaik ilmu itu dari masa ke semasa.