Friday, November 26, 2010

Tasauf.... KEBAL....

          Pernah seseorang bertanya tentang ilmu tasauf dengan seorang guru tasauf iaitu kemana arah tuju dan apa yang boleh dapat dengan ilmu tersebut .Lalu guru tersebut bertanya pula apakah tujuan beliau itu bertanya adakah beliau berhasrat untuk belajar.
          Setelah berbual lama akhirnya orang tersebut meluahkan hasratnya ingin belajar ilmu tasauf dengan harapan agar beliau mendapat kelebihan kelebihan tertentu seperti menjadi kebal , dapat berjalan atas air , dapat menjadi wali yang tahu perkara perkara ghaib dan mistik seperti yang selalu beliau dengar umumnya orang lain berkata tentang ilmu tasauf.


          Guru tersebut tersenyum namun sangat berduka hati kerana menyedari bahawa sudah terlalu ramai orang yang tersalah sangka tentang arah tuju sebenar ilmu tasauf sehingga menyangka yang bukan bukan. Orang orang begini membuat andaian dan akhirnya andaian itu menjadi seolah olah benar sehingga orang lain pula menjadi keliru.
          Akhirnya guru itu menasihatkan orang tersebut supaya cuba terlebih dahulu mempelajari asas asas berbagai ilmu Islam dan berusaha menambahbaik ilmu itu dari masa ke semasa.

Monday, October 25, 2010

4 keadaan hamba ....

     Seorang mukmin muslim sudah tentu akan tertanam didalam hatinya ingin menjadi seorang hamba Allah yang baik. Sentiasa mencari jalan yang dapat mendekatkan dirinya kepada Allah s w t sentiasa.
   
     1: Syariat.
Memiliki dan menguasai ilmu ilmu berkaitan hukum hakam dan peradaban manusia. Hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia serta alam seluruhnya. Membentuk pengabdian kepada Allah secara zahir berdasarkan penglihatan zahir dan pemerhatian lahiriah berpandukan  bukti bukti dan keterangan Al Qur'an , Al Hadith , sains dan sebagainya. Ini adalah peringkat pengajian wajib. Sesiapa yang tidak melepasi peringkat ini maka tidak dibenarkan memasuki peringkat yang seterusnya.
     2: Thorikat.
Peringkat lanjutan kepada sesiapa yang telah melepasi peringkat syariat. Pada tahap ini seseorang murid dikehendaki mengikuti konsep asas mengenal diri dan empunya diri. Juga perlu menjalani latihan latihan dan zikir zikir mudah bertujuan melazimkan murid supaya sentiasa tidak lupa kepada Allah dan beramal dengan ikhlas.
    

     3: Hakikat.
Seseorang pada peringkat ini perlu melepasi laluan syariat dan thorikat. Pada peringkat ini murid bersedia membongkar dan menyelami hal atau perkara yang masih kabur pada peringkat sebelumnya.
     4: Makrifah.
Sebenarnya ini bukan lagi peringkat pengajian tetapi peringkat dimana seseorang telah pun bersedia turun padang membimbing ummat kepada pengabdian yang luhur. Mengekalkan dirinya sebagai hamba yang sebenar serta sedia berada bersama sama orang ramai. Insyaallah semoga kita semua mendapat rahmat Allah .

Wednesday, October 20, 2010

AL GHAZALI .. perjalanan seorang musafir .......

Imam Al Ghazali rahimullah telah menetapkan perjalanan seorang hamba kepada Allah hendaklah memerlukan beberapa syarat dan beberapa keperluan sebagai perjalanan seorang yang musafir.
 -[syarat yang pertama] bekal yaitu takut akan Allah.
Firman Allah: dan ambil olih kamu akan bekal yang dibawa kedalam akhirat itu maka bahawasanya yang terlebih baik bekal yang dibawa kedalam akhirat itu yaitu takut akan Allah Ta'ala dan muradi dengan takut akan Allah Ta'ala itu yaitu meninggalkan akan segala maksiat yang dzohir dan maksiat yang bathin dan mengerjakan segala taat yang dzohir dan segala taat yang bathin.

-[dan syarat yang kedua] senjata dan muradi dengan senjata disini yaitu membanyakkan zikrullah supaya menakuti dengan dia itu akan segala seteru yaitu nafsu yang ammarah dan syaitan.

-[dan syarat yang ketiga] kenderaan dan muradi dengan kenderaan itu yaitu himmah yakni bersungguh sungguh menjalani akan jalan ini seumur hidupnya yaitu sekira kira  jangan lalai dan jangan lupa dan jangan segan[malas] dan jangan letih.

-[dan syarat yang keempat] mua'llim yang menunjukkan akan jalan dan muradi dengan mua'llim itu yaitu guru yang mengetahui akan jalan itu supaya mengikut akan dia olih murid itu dan menyerahkan murid itu akan dirinya itu supaya menyucikan muridnya itu daripada segala najis yang didalam hatinya itu.

-[dan syarat yang kelima] taulan yang bersama sama menjalani akan jalan ini muradi dengan taulan itu yaitu sekelian orang yang menjalani akan jalan ini supaya ia berhimpun pada mengerjakan ibadat dan supaya bertolong tolongan didalam berbuat kebajikan dan berbuat ibadat.

[juz 3 dan 4 A S Salikin] 

Monday, October 18, 2010

IMAM AL GHAZALI ... jalan ku ..


Assiyarussalikin 3-4 .. ms43 ..:
                                        
                                            :  [ adapun] jalan orang yang lain daripada thorikat ahlussufi itu maka yaitu bukannya jalan akhirat yang menyampaikan kepada Allah Ta'la dan jikalau ia mengaji seribu kitab yang lain daripada kitab tasauf itu sekalipun maka yaitu tiada dinamakan menjalani akan jalan akhirat dan tiada dinamakan akan dia ulama' akhirat dan hanyasanya dinamakan akan dia ulama' ahlulldunya jua.
[ kitab terjemahan AsSheikh A'bdul Shomad ]

Monday, October 11, 2010

KALIMAH ALLAH .. berada di A'alaminn ...

Kalimah Allah berada di mana mana pada alam yang di sebut 'A'alaminn .. .Allah berkata ; Laa ilaahaillaahuu ... . Sungguh tiada tuhan selain Aku.



A'alaminn bermaksud seluruh alam iaitu seluruh alam didalam semua fasa penciptaan Allah. Bermula dengan fasa pertama dan utama yang di kenali sebagai fasa Nuur Muhammad. Seluruh alam termasuk alam semesta , alam barzakh , alam roh , alam akhirat , alam lahut , alam jabarrut dan alam lainnya yang tidak terjangkau dengan akal fikiran dan pandangan mata manusia.


Allah memperlihatkan tanda tanda untuk manusia yang mahu berfikir. Dia maklum dalam penciptaannya bahawa manusia lemah dan jahil serta cepat berputus harap. Semua tanda tanda dapat memberi inspirasi semula kepada membangunkan semangat manusia yang mula pudar olih peredaran masa. Subhanallah... .

Saturday, October 9, 2010

IKAN DISCUS [ symphysodon ] Amazon - cichlid ...

Ikan yang paling berwarna warni ini habitat asalnya dari lembangan sungai Amazon. Termasuk dalam cichlid family tetapi agak berlainan sifatnya berbanding saudaranya yang bersifat agak garang sedangkan discus lebih pendiam dan suka berkelompok.

Sekarang ini sudah ada beberapa spesis discus baru dengan berbagai variasi corak dan warna. Namun discus hanya satu warna adalah jenis yang lebih digemari dan mahal harganya.

Common discus lebih kepada warna hijau.Heckel dan yang paling baru tarzoo spesis yang lebih mahal dan digemari. Ikan jenis ini agak jarang didapati dikedai ikan hiasan yang biasa kerana pekedai kurang berani menjualnya. Risiko tinggi jika kurang pengalaman dalam kualiti air.

Kepada siapa yang berminat memelihara jenis ini perlulah mendapatkan maklumat yang lebih banyak sebelum mencubanya namun sangat berbaloi memilikinya kerana dapat memberi inspirasi dan ketenangan.

Friday, October 8, 2010

CINTA SEMAKIN PUDAR .....

Cinta kepada Allah semakin hilang. Cinta kepada Muhammad Rasullullah s.a.w. semakin pudar. Cinta kepada Al Quran semakin lenyap. Cinta kepada orang berilmu semakin tiada.


Tanpa disedari rupanya semua ini bermula dengan sedikit rasa bersalah dan berdosa.
Sedikit dosa membuat kita resah sedikit resah membuat kita renggang sedikit renggang membuat kita menjauh diri dan akhirnya kita terpisah sedang hati sangat ingin mencintai sepenuh hati.




Bagaimana harus kembali. Mari lupakan dosa mu mari tinggalkan salah mu mari ketepikan resah mu mari mari pinggirkan kata orang kepada mu.
Tiada dosa mu yang tidak terampun tiada syarat yang menghalang Allah dari memaafkan mu tiada makhluk yang boleh menghalang pengampunan Allah.


Kembali kita bersama sama menzahirkan cinta tulus kepada Allah. Kembali kita berpaut tangan petunjuk Muhammad Rasulullah. Kembali kita kepersada ilmu bersama orang yang berilmu. Singkir resah mu.

Tuesday, October 5, 2010

CQ BLUE [ Cherax Quadricarinatus ]-- anak udang kara......


CQ BLUE adalah udang kara air tawar yang berasal dari Australia kini telah digemari disini.
Blue Lobster ini juga dikenali dengan Cherax Destructor kerana sifatnya yang karnivor.

Gambar menunjukkan anak anak Ckara [ post yang terdahulu ] kini telah membesar dengan berbagai bagai saiz kerana sifat pemakanan mereka.

Kepada mereka yang meminati hobi memelihara ikan hiasan tentunya akan tertarik untuk mencuba hobi yang baru iaitu udang hiasan yang cantik ini.

Udang air tawar jenis ini mudah dijaga kerana hanya perlukan pemerhatian minima terhadap makanan dan kualiti air. Ia makan apa saja seperti pellet,daging dan sayuran.

Sebahagian pengusaha ada juga menjual udang ini kepada hotel bertaraf bintang tetapi ini tentulah perlu kepada skala yang lebih besar.
Semoga paparan ini sedikit membantu rakan rakan yang berminat untuk mencuba hobi yang baru.Semoga berjaya!.

Tips: Penggunaan garam atau sebarang bahan rawatan bergaram tidak sepatutnya digunakan.


Tuesday, September 21, 2010

TINGKATAN SYAHADAH

Tasik semulajadi yang indah.



Syahadah tauhid Lailahaillallah . Sangat penting kepada guru atau pembimbing memerhati dan menilai pencapaian muridnya dalam memahami dan mengamali kalimah utama ini.Penilaian bertujuan untuk mengetahui samada muridnya boleh diberi ilmu yang seterusnya atau amal yang seterusnya.Langkah ini bertujuan supaya murid tidak tertekan dan selesa dengan ilmu yang dia perolehi.

Pertama: LA MA'BUDD  ILLALLAH.
      Penerapan pada peringkat ini biasa diberi kepada kanak kanak atau mereka yang baru hendak belajar memahami perkara perkara asas dalam Islam dan iman juga amali Islam. Lebih dikenali sekarang dengan Ilmu Fardu Ain.Tauhid pada peringkat ini agak kabur dan sentiasa perlu di perhati dan di bimbing berterusan.

Kedua: LA MAT'LUBB  ILLALLAH.
     Ini adalah peringkat yang sudah selamat dari syirik dan kekaburan.Biasa mereka yang sudah lama belajar atau bertaraf sarjana mungkin sudah berada pada kedudukan ini. Boleh dilihat sudah sebati dengan amal dan sifat sifat yang sempurna.

Ketiga: LA MAUJUDD  ILLALLAH.
     Peringkat ini merupakan peringkat lanjutan bagi mereka yang ingin menambah baik apa yang telah mereka ada. Penerapan peringkat ini hanya sesuai bagi mereka yang mempunyai keinginan dan komitmen. 

Sangat penting bagi setiap orang supaya tidak tergopoh gopoh dalam memberi atau menerima ilmu. Namun sangat baik jika kita sangat berazam untuk menjadi orang yang baik dan bertaqwa .
 

Sunday, September 5, 2010

TEMAN ADA TIGA ... ..


Teman amat penting dalam kehidupan samada di dunia ini maupun hari kemudiannya nanti. Terbahagi kepada tiga kedudukan yang utama.

TEMAN JASADI

Yang dimaksudkan  adalah semua unsur yang ada disekeliling kita seperti anak , isteri , sanak saudara , kawan rakan , harta benda , hobi , pekerjaan , sekolah , pejabat dan sebagainya.

TEMAN NURANI

Bermaksud segala unsur yang bersama dengan jiwa dan perasaan kita. Umpamanya guru , kaunselor , semua jenis pembimbing , media dan sebagainya dimana kita sentiasa rapat dan mengambil manfaatnya.

TEMAN ROHANI

Tentunya teman yang sejalan dengan roh. Seorang muslim biasanya mempunyai zikir yang berjalan selari dengan roh. Juga sajak , syair , puisi dan semua unsur yang sejajar meresap abadi dengan roh. Ayat Alquran atau hadith yang difahami maksud hakikinya biasanya adalah yang paling lazim selari berjalan sebati dengan roh.

Seorang muslim mungkin mempunyai lebih dari satu kawan yang dikatakan diatas. Apa yang sepatutnya bagi kita adalah perlu memelihara semua unsur yang membawa kebaikan kepada diri sendiri , masyarakat dan kelestarian sunnah.

Tuesday, August 31, 2010

AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH


Ulama dan pengarang terdahulu meletakkan ' awwaluddin makrifatullah' di bahagian permulaan atau muqaddimah dalam kitab kitab mereka samada pada membicarakan hal hal hukum , tasauf , tauhid maupun dalam perkara yang lainnya.
Awwaluddin bermaksud perkara pokok , ibu , kunci , permulaan dan perkara paling utama.Sementara makrifatullah bermaksud mengenali dengan sempurna akan Allah.

Pernyataan tersebut adalah merujuk kepada kalimah LAILAHAILLALLAH kerana kalimah itu adalah ibu atau kunci kepada kesemua perkara. Ibu atau kunci syurga dan sebagainya.

Makrifah atau kenal tidak bermaksud tahu kerana jika kita tahu bukanlah bermakna kita kenal.Orang berilmu tidak semestinya dia mengenali Allah namun biasanya mereka yang berilmu lebih cenderong kepada mengenaliNya.

Friday, August 27, 2010

MENUNGGU MASA BERLALU

DEMI MASA

Sementara menjadi dewasa
Sementara menjadi kaya
Sementara nak jadi menteri
Sementara dapat jodoh
Sementara nak jadi pengarah
Sementara dapat jadi ustaz
Sementara nak naik haji
Sementara dapat menjadi kita

SESUNGGUHNYA MANUSIA DIDALAM KERUGIAN

MELAINKAN MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

Sambil sambil dok belajar
Sambil sambil buat amal mana yang dah tahu
Sambil dok cari duit yang halal
Sambil sambil dok insaf
Sambil susun langkah walau bertingkah

BERPESAN MEREKA TENTANG KEBENARAN
BERPESAN PESAN MEREKA DENGAN PENUH KESABARAN

[ Surah Al Asr ]

Tuesday, August 24, 2010

TASAUF ATAU SYARIAT

Ini China Dragon betina sebab tidak ada tanduk pada kepalanya. Kelihatan seperti tertulis kalimah LAILAHAILLALLAH pada badannya di kiri dan kanan jika dilihat secara terbalik dari atas.


Seorang guru pernah ditanya olih seorang muridnya yang baru datang hendak belajar dengannya."Ustaz yang mana dulu saya patut belajar tasauf atau syariat?". Sambil tersenyum dia berkata"adakah kamu tahu apakah tasauf dan apakah syariat?". Murid menjawab yang sebenarnya dia tidak tahu cuma dia ada mendengar orang selalu berkata begitu. Guru tersebut lalu berkata" kalau begitu eloklah kamu belajar tentangnya'. Beberapa lama berselang murid tersebut telah menjadi seorang guru dan telah diberi tanggungjawab pula untuk mengajar. Datang kepadanya seorang yang ingin belajar lalu duduk dihadapannya dan berkata" saya sangat ingin belajar mendalami ugama tetapi tidak tahu mana yang patut saya belajar samada syariat atau tasauf". Lalu beliau pun berkata" saya pernah bertanya perkara yang sama sepuluh tahun dulu kepada guru saya". Dia memegang bahu muridnya sambil menyambung" anakku .. apa yang membuatkan kita bertanya tentang perkara yang kita tidak tahu.. tidakkah lebih utama jika kita belajar dengan lebih mendalam hal ugama kita supaya tidaklah nanti kita terjerumus kepada jalan yang tidak benar dan salah.. belajarlah.. ilmu tentu boleh membawa kamu kepada jalan kebenaran".

2 NAGA dalam satu sarang

DRAGON FISH atau ikan kelisa sudah biasa bagi peminat ikan hiasan. Dalam gambar ni jenis ekor kuning.
CHINA DRAGON atau ikan naga juga biasa bagi kebanyakan mereka yang suka ikan. Dalam gambar ini ikan yang saya beli beberapa tahun lepas. Cuma dalam awal tahun lepas barulah saya perasan seperti ada tertulis kalimah ALLAH pada kiri dan kanan badannya. Alhamdulillah nikmat Allah yang dapatlah saya melihatnya setiap hari.Kedua dua naga ini makan makanan yang serupa seperti anak ikan kecil , cengkerik , daging ayam dan pellet jenis tenggelam.
Ada orang bertanya kenapa kita yang berkedudukan naga tidak dapat tinggal bersama ataupun sekurang kurangnya mempunyai satu pendekatan bersama!.Sukar bagi saya yang tidak berkedudukan naga untuk beri komen jadi saya jawab "cubalah kamu jadi naga nanti mungkin kamu dapat jawapannya".

KELISA EKOR KUNING

Kelisa ini saya beli pada 08.08.2008. Saya namakan dia 888. Agak cepat juga dia membesar berbanding dengan ikan discus atau red parrot. Ekornya belum lagi berwarna kuning sepenuhnya mungkin kerana pemakanan yang tidak begitu sesuai atau belum mencapai usia sepatutnya. Kelisa agak senang dipelihara jika kita dapat mengawal mutu air dengan baik. Bagi peminat kelisa yang kurang mampu bolehlah cuba pelihara jenis ini tapi jika banyak duit belilah red arowana atau bluebase dragon.

Tips: Cacing beku makanan terbaik bagi kelisa yang masih kecil kerana ia memudahkan penjagaan dan mengurangkan risiko penyakit.
        Membuang semua air dan ganti air baru adalah satu kesilapan yang besar. Ikan mungkin mati atau hampir mati. Cuma ganti air sedikit demi sedikit sambil dapat melihat perkembangan kesihatan ikan.
        Memelihara ikan guppy atau lain lain ikan kecil amatlah berguna kerana nanti boleh diberi kepada kelisa sebagai sumber protin segar.


Monday, August 23, 2010

WALI ALLAH DAN KUCING


Rasullullah saw sangat suka kepada kucing  Sangat baik jika kita turut menyukainya sebagai binatang kesayangan.

Saya ada membaca kesah seorang wali Allah sedang tidur waktu malam hampir pagi. Beliau sedar dari tidurnya setelah terasa selimutnya telah digesel seekor kucing. Wali merasa sesuatu lalu dilihatnya kepada kucing itu dan bertanya " kenapa kamu tolong bangunkan aku dari tidur". Kucing itu sedar bahawa wali telah tahu bahawa dia adalah syaitan yang menyerupai kucing. Lalu dia memberitahu bahawa dia sebenarnya bukanlah hendak menolong si wali tetapi sudah menjadi kebiasaan bagi si wali jika terlambat bangun maka dia akan sembahyang lebih banyak sebagai denda atasnya. Syaitan tidak suka akan kebiasaan itu sebab itu sengaja dia kejutkan si wali.Ternyata syaitan akan mengambil kesempatan keatas kita walau apa jua yang kita lakukan samada pekerjaan itu baik ataupun buruk. Sepatutnyalah syaitan disebut sebagai musuh yang nyata kepada manusia supaya kita lebih berhati hati agar tidak terperangkap dengan pelbagai helah baiknya maupun usul cadangan jahatnya.

Friday, August 20, 2010

UDANG KARA BIRU menetas

Ckara ini ibu udang kara biru telah menetaskan banyak anak. Dia memang sayang sangat anak anaknya. Ekornya dibengkokkan kebawah perut bagi melindungi anaknya dari diganggu udang atau ikan yang lain. Nampak payah juga dia membawa anaknya yang bergantungan dibawah perut sampai agak besar sikit barulah anaknya dibiarkan bebas. Sifat penyayang seperti manusia juga rupanya. Harap Ckara terus menyayangi anaknya dan janganlah hendaknya dia membuangnya merata rata macam ibu udang yang lain.. . Amin!.